Wednesday, February 18, 2009

Serigala jadian

Seandainya, dunia kini telah berubah sungguh. Manusia sekarang lebih berwatakkan binatang dari binatang itu sendiri. Apakah yang telah mengganggu emosi aku sehingga membuahkan kata kata yang mungkin menyinggung perasaan itu? Perasaan marah berbaur benci yang sedikit ada itu timbul kerana orang yang telah dianggap sebagai kawan baik tersebut sebenarnya hanya bertopeng muka baik. Rupa rupanya, manusia yang berhati syaitan telah menyelinap masuk dalam hidupku semata mata untuk mengharapkan habuan dari hasil titik peluh kerjaya aku.

Serigala jadian! Teramat sesuai nama itu aku beri pada kamu! Manusia yang tak guna! Susah susah aku kehulu ke hilir mencari sesuap nasi, senang senang engkau duduk dalam ofis berhawa dingin sambil bergoyang kaki yang bersepatu branded palsu kamu itu nak menyergah aku mintak duit? Sedangkan kamu yang leka beromong omong Pak Pandir itu langsung tidak tau selok belok dalam bisnes aku. Tapi bila terdengar sahaja gara gara yang ada project datang pada tangan aku, kamu meroyang macam perempuan kehilangan laki. Memang engkau tak tau malu! Apakah yang kamu tahu pasal project aku, melainkan nama dan tempat tersebut? Kamu fikir kamu layak dijadikan rakan biznes aku sedangkan kamu ukur pakai pembaris pun boleh salah? Keparat sangat perangai kamu itu!!!

Sememangnya, simpulan friends come and go itu amat releven, terutamanya antara golongan penghuni KL ini yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar impian dunia, selain daripada berkerja keras. Sekali imbas, terasa mereka macam burung gagak yang hinggap menjamah bangkai tepi jalan pun ada. Apakah kamu lemah dengan daya tarikan jenama terkenal satu Pavillion itu sampai kamu papa kedana? Sebab itu kamu ingin mengikis dari hasil titik peluh aku kan? Kamu menyatakan yang kamu perlu langsingkan hutang kamu yang bertimbun. Itu hal engkaulah!

Bodoh dan tersangat dungu aku merasa pemikiran engkau. Masakan engkau ingatkan aku bila engkau berduit melancong satu Asia Tenggara tahun tahun yang lalu? Ada kamu fikir pasal aku masa aku susah? Satu email pun engkau tak hantar tanya khabar, ini lagilah telefon. Tetiba kamu muncul balik dalam circle aku kononnya nak berbaik baik? Aku dah dapat cium bahang najis kamu itu sejak kamu muncul dengan kerap sekali dalam setiap majlis yang aku hadir. Memang benar tanggapan aku yang kamu itu memang dasar suka kikis! Nasib baik Meen mengacukan warning dekat aku pasal apa yang kamu cuba buat dek tanah arwah bapak dia. Aku nak jadi mulut tempayan! Aku nak beritahu satu dunia betapa tamak haloba kelakuan kamu sehingga rakan taulan kamu sanggup gadaikan semata wang ringgit! Tunggulah engkau!

5 comments:

Esah said...

wah!! siri emosi berbahasa melayu.. mak sukeh!!

oliviasy said...

wahliao.... brings me back to my school days BM class!

ginseng4desoul said...

ecah: Terkesima kah uols?

oli: I surprise myself that I could still write in BM too!

wahdi said...

ala2 baca novel sgt taw! mesti covernya gambar serigala latar bulan besar mesti fabulous! seswai kan rich!

ginseng4desoul said...

Wahdi; Hahahaha!!! Kelakar!